Pages

Friday 23 December 2011

KAya HaKiKatNyA mIsKin

Bukanlah digelar miskin orang yg berkeliling di kalangan manusia lalu diberi satu @ dua suap (makanan) & satu @ dua biji kurma. Akan tetapi yang digelar miskin ialah orang yg TIDAK MENEMUI KEKAYAAN yang mencukupi keperluannya (yakni kaya tetapi masih merasakan tidak cukup), TIDAK MENGERTI ke manakah hartanya patut disedekahkan & tidak mahu berusaha sebaliknya hanya meminta-minta kepada manusia. ~Riwayat Bukhari~ 


Dari akubudakrabun..lma x jenguk2.da byk msa nie pahe2 jala.
time nie ja pon free skit nak skodeng blog2 org..

Ada la tejmpk cta bwh nie..huhu.
rajin bca.x rajin sudaa..xdak paksaan dlm membaca..huh??

Suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin. Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.

Di dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"

Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah,"

"Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"

"Ya,"

Bertanya lagi si ayah, "Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?"

Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang,

"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga kekali langit,"

"Kita tinggal cuma di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta.Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka,"

Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya. Si anak tersebut
kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita"



renung2kan n slmt beramal


my kasot kicik ''kini tggal kngn da" ^_^


~~rasminya rinie last klas sem nie.stado study week wokeh..cooll fever der,
part plg ak ska..lepak lam bilik sudaa.


kayaknya dtggal kak ain lgi.x beteman la 2 3 arinie.
mta pon kayaknya da berat bangat..x kesah la awal g pon..
salamualaik..

0 comments: