Pages

Thursday 24 March 2011

SuRaT cInTa AbAd kE21

My dear,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit kirmizi,tiba2 aku terkenangkan eureka nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua.Kehadiranmu bersama molekul2 hydrogen menerjah segala kekusutan yang membelit tali perut ku dan kehadiranmu mengajar erti rindu gelora dan syahdu..

Kau juga mengajarku erti cinta,singa laut,beruang kutub,penguin,kambing salji,mee rebus,cendul pulut,medulla obloganta,tali kasut,dan pasu bunga.Kala itu,kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tak dapat dipisahkan.Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga planet Pluto telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.Kau pergi jua sewaktu Malaysia bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang.Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penaykit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku secara tidak sengaja tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,apabila daya tarikan graviti tidak lagi berfungsi kerana aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set,Seluruh hidup ku gelap-gelita apabila aku tersedar aku ditelan black hole angkasa dan aku dimuntahkan di segi tiga Bermuda,

Kondominium yang kita bina dari magnet basikal dan kipas helikopter,musnah setelah kau pergi. Ternyata sikap mu berubah semasa Malaysia melancarkan Measat-1 ke angkasa.Sejak,dua menjak,tiga menjak kau tiada,aku sering berbual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.Ada kalanya aku mengikat botol oren sunquick pada tiang rumah agar lebih cantik.Aku cuba bermain badminton seperti Datuk Chong Wei sambil makan mee hailam,tapi aku tidak berdaya.Lalu,aku membakar mesin basuh dan membelasah ayam serama jiran ku,tanda aku tidak bersalah dalam percintaan ku..

Mengapa??mengapa sayang??mengapa setelah kau curi hatiku,kau rompak cintaku,lantas kau bunuh cintaku,sehingga kau terkoma dalam kemalangan cinta ngeri.Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang engkau timpakan di belakangku.Derita yang engkau timpakan itu bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk yang sedang berjoget.Dan kini harapan ku musnah,pelamin angan ku berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara Menara KL dan dihempap Menara KLCC lalu tersangkut di landasan LRT dan kemudiannya digilis keretapi komuter,direnjis,dibilis,ditepung tawar,beras kunyit ditabur kemudian disiram nye air mawar pada ku..Oh!berat dugaan ku.,

Kini semuanya sudah tamat.Aku sedar siapa aku.Aku haya insan biasa yang suka makan mi segera.Aku bukan McGyver,McDonald,Superman atau Masked rider.Aku juga bukan ultraman taro yag kau idam-idamkan.Walaupun segalanya berakhir,disini,di atas pokok getah,aku tetap menunggu kau balik.Selagi ada waktu,selagi ada kompleks SOGO dan JUSCO,selagi ada kedai buah cempelak dan kelanji David Teo di Bukit Asparagus atau Bukit Aspragus di Argentina,selagi kumpulan Metalicca tak berpecah,aku menanti pasti,haqiqi dan tak tau nak merapu apa lagi lepas ni.Namun,aku sedar semua sia-sia.Keputusan ku muktamad!...aku akan menunggu kau hingga tiang elektrik rumah ku berbuah.bila dah berbuah aku poskan,OK??? :)



haha...mcm nie pon ad aka???
thanx 2 am ash a.k.a amirwadfa bdk netlog selaku pemilik asal surat nie yg kasik kbnran utk ak publishkn surat nie kt blog ak..peace wrestmania yopp...

6 comments:

TanpaKataNama313 said...

hahahaha...x kn habis ketawa aku masuk blog ko ni...ade2 je idea...klau de surat cinta mcm ni..confirm yg membacanya terpegun kaku....

wakkerisi said...

haha..jdik penguin mgkn.

Anonymous said...

hahhahha...aku tak berhenti ketawa arr baca surat ni..hahahahha...perrgghhh...terpelanting arr...nobita....molekul..hahahahah...hahahahahahahahahahah...(Alegrha)

wakkerisi said...

alegra....mna ko blog ak nie???ish....ko 2 pesal g ttop blog ko??baek jawab bah..

Anonymous said...

aku kan wartawan/men in black...hoho..aku ttp blog sebab menyebabla...ceh

wakkerisi said...

yo la ko...x pasal2 g ttop..galak..:P