Pages

Tuesday 14 February 2012

TaNgis LaA


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira. 
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan. 
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis. 

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta 
menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ni.


Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu 
kecil namun ia tidak pernah kering.


 ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. 
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah 
airmata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung
dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. 



Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan 
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : 
Tidaklahmata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya

dari api neraka. 


Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya 
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu 
kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. 



Tidaklah ada sesuatupun yang
tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata 
dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa 
mendonggak ke langit 


tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia
lakukan.





Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang
Serandip


Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu 
manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akanair 
mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan 
tangisannya.



Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."



Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita 

bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. 

Janganlah menangis menonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.


Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh
yang telah Tuhan tetapkan. 

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang 
membuat persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita 
kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu 
adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat 
bekalan
untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, 
segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah 
mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. 



Seru
lah air mata itu
dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi 
dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur 
dosa2
dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api 
neraka, 
mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt 
dan 2
biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari 
qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang 
kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan 
kering." 

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil 
datang 
mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau
neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & 
perhatikanlah 
3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si 
mayat.(riwayat 
dari Salman al Faarisi) 

Sucikanlah 4 hal dengan 4 p erkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, 
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang 
Memilikimu."'


copy jee...dy tulis bwh 2 sampaikan walau satu ayt..hehe..
salamualaik...

jurang serandip???

nnt la cari cte  niee


0 comments: