Pages

Friday, 6 May 2011

JAGA LIDAH MEH


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Mutafaq ‘alaih)
Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : ” Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. ”
Jawab Nabi SAW : “Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.”
Kemudian Nabi bersabda lagi : “Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya?” Aku menjawab : “Mahu, ya Rasulullah”
Sabda baginda : “Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad”
Kemudian Nabi bersabda lagi : “Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua perkara ini ?” Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah. “Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : “Awas, jaga ini baik-baik.” Aku bertanya : ” Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ?” Baginda lalu menjawab : “Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. ” (Riwayat Tirmizi)



first entri bln nie..ish3.MLAS SKIT LA LA NIE NK CARIK MENDA.ni pon hasil ciplak gak.sory meh
jgn mara..peace no war.hehe

4 comments:

Anonymous said...

waduh..ngeri pic..huhu

wakkerisi said...

kari ngeri meh..haha

TanpaKataNama313 said...

berhati2 la dlm mengeluarkn kata2...kata2 yg baik bleh membuat org tersenyum gembira mendengarnya..terkadang dpt membina smngt bru ssorg.. tpi perlu diingat kata2 yg kurang baik bleh menyebabkn hidup sesorg musnah ibarat lebih tajam dri mata pedang yg bleh menikam ke dasar lubuk hati... terkadang kita pun kurang perasan adakah yg terkeluar dri mulut ini tak akan menguris hati mereka yg mendengarnya.. berfikir sejenak sebelum meluahkn kata2 lebih baik dri mengeluarkn kata2 tanpa berfikir..bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata menyesal seumur hidup.... tuan tapak jgn marah ya..pnjg ckit komen..hehehehe..

wakkerisi said...

woish.mara3.xde maknanya ya meh.peace no war.kot2 la tekasar bhs ngn suma33.ngeh3